Dana Ehsan Keluarga
K-LINK International
Menyumbang kasih sayang demi anda
Dana Ehsan Keluarga K-LINK International telah dilancarkan pada Julai 2007. Ia ditubuhkan atas dasar kasih sayang dan tolong-menolong sesama kita. Ia adalah satu inisiatif yang ikhlas dan tanda simpati dari K-LINK dengan mengumpulkan dana ehsan bagi membantu waris keluarga dan meringankan beban kewangan mereka dalam tempoh kedukaan. Sekiranya berlaku kematian di kalangan ahli, maka sumbangan derma sebanyak RM1 melalui potongan bonus akan dilakukan dalam dana ini. Sumbangan derma akan disampaikan kepada pewaris si mati. Kami amat percaya bahawa dengan penglibatan dan sokongan dari semua pihak, program tabung ini akan meningkatkan rasa kasih sayang dan tolong-menolong sesama kita. Dengan sumbangan yang terkumpul dan kerjasama anda semua, kita dapat menyediakan tabung yang memadai untuk keluarga berkabung. Penyertaan program ini adalah bebas atas pilihan anda sendiri. Sekiranya anda ingin sokong dan menyertai tabung ini, sila isikan borang permohonan dan kembalikan kepada K-LINK.
Marilah sama-sama berganding bahu untuk membina komuniti rakan niaga yang penuh dengan kasih sayang, tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain.
- Hubungi Kami
45, Jalan Kuchai Maju 2,
Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
- (603) 7948 2338
- Sertai Surat Berita